Blogger templates

Friday, April 4, 2014

BENGKEL PEMANTAPAN PEDAGOGI DAN KBAT JPNJ 2014

Baru-baru ini, satu bengkel telah diadakan untuk Ahli Panel Perunding Bahasa Melayu SPM dan Guru-guru Bahasa Melayu bukan opsyen. Bengkel ini telah diadakan selama dua hari bermula pada 1 April 2014 hingga 2 April 2014. Tempat berlangsungnya bengkel tersebut adalah di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kluang Negeri Johor. Bengkel ini telah dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan 1 ~ Pendedahan Pemantapan Pedagogi untuk guru-guru Bahasa Melayu bukan opsyen, Kumpulan 2 ~ Pendedahan Pembinaan Item berkaitan KBAT untuk ahli-ahli Panel Perunding Mata Pelajaran Bahasa Melayu JPNJ dan Kumpulan 3 ~ Membina JSI. Banyak input baharu yang dapat diperoleh daripada bengkel tersebut. Berikut ialah gambar-gambar berkenaan aktiviti-aktiviti berlangsungnya bengkel tersebut.

   
Jurulatih Utama sedang memberikan input tentang KBAT dan pembentangan daripada ahli-ahli panel perunding.

Kumpulan pembentang KBAT

Perbincangan Kumpulan JSI BM 2

No comments:

Post a Comment