Blogger templates

Tuesday, April 22, 2014

BENGKEL KERJA PEMURNIAN JSI DAN OPS SINAR

Bengkel Kerja Pemurnian  JSI dan Operasi Sinar yang bertempat di PPD Muar bermula 21 April hingga 22 April 2014.







Sunday, April 20, 2014

PERTANDINGAN PANTUN PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2014

Pertandingan pantun telah berlangsung pada 19 April 2014 di SMK Bandar Baru Uda.  Johan disandang oleh SMK Tasek Utara manakala Naib Johan pula dimenangi oleh SMK Engku Tun Aminah (SETA). Tempat ketiga pula jatuh kepada sekolah SMK Sri Rahmat dan SMK Impian Emas.

Para hakim yang arif lagi bijaksana

Peserta pantun dari SMK Tasek Utara 2

Peserta pantun dari SMK Tasek Utara - Johan


Peserta Pantun dari SMA Al-Quran Waddin

MESYUARAT 1/2014

Majlis Persaraan Pn. Hjh Maimunah
 ~ Pegawai JPNJ yang banyak membantu Panel Perunding Mata Pelajaran Bahasa Melayu SPM 

Ahli Panel sedang mendengar taklimat


Berdiskusi untuk menyiapkan tugasan yang diberi

Tekun untuk membina JSI bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan SPM 2014

Jasamu dikenang

Friday, April 4, 2014

BENGKEL PEMANTAPAN PEDAGOGI DAN KBAT JPNJ 2014

Baru-baru ini, satu bengkel telah diadakan untuk Ahli Panel Perunding Bahasa Melayu SPM dan Guru-guru Bahasa Melayu bukan opsyen. Bengkel ini telah diadakan selama dua hari bermula pada 1 April 2014 hingga 2 April 2014. Tempat berlangsungnya bengkel tersebut adalah di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kluang Negeri Johor. Bengkel ini telah dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan 1 ~ Pendedahan Pemantapan Pedagogi untuk guru-guru Bahasa Melayu bukan opsyen, Kumpulan 2 ~ Pendedahan Pembinaan Item berkaitan KBAT untuk ahli-ahli Panel Perunding Mata Pelajaran Bahasa Melayu JPNJ dan Kumpulan 3 ~ Membina JSI. Banyak input baharu yang dapat diperoleh daripada bengkel tersebut. Berikut ialah gambar-gambar berkenaan aktiviti-aktiviti berlangsungnya bengkel tersebut.

   
Jurulatih Utama sedang memberikan input tentang KBAT dan pembentangan daripada ahli-ahli panel perunding.

Kumpulan pembentang KBAT

Perbincangan Kumpulan JSI BM 2